2. Tazkirah antara Maghrib dan Isya’
“Alhamdulillah, hari ini kita diberi sekali lagi peluang oleh Allah S.W.T untuk bersama dalam waktu yang singkat ni.” Imam Asyraf bersuara setelah jemaah menjawab salamnya. Shahid di satu sudut surau memandang Asyraf dengan perasaan kagum. Kagum kerana dalam usia yang begitu muda Asyraf diberi peluang oleh Allah memimpin jemaah di Surau Al Raudhah. Asyraf merupakan imam sepenuh masa di surau itu.
“ Hari ini Allah beri kita satu peluang yang sangat baik. Ada orang, saudara kita di luar sana, keretanya besar, tetapi Allah tidak buka hatinya untuk bersama kita semua dalam majlis ilmu sebegini.” Asyraf kemudiannya mengucapkan kalimah alhamdulillah beberapa kali sambil jemaah yang lain mengikutinya. Kagum Shahid bertambah.
“ Hari ini, Insya Allah, menepati janji saya yang semalam, saya akan berbicara tentang Allah dan sifatnya yang mengabulkan doa setiap hambanya yang memohon kepadanya. Saya akan bacakan satu ayat yang biasa diperdengarkan, insya Allah.” Imam Asyraf kemudian dengan mata yang dipejam, membaca sepotong ayat dari Surah Al Mukminun, ayat 60. Selesai dibacanya ayat Al Quran itu, disampaikan pula maksudnya pada jemaah yang hadir.
“ Allah berfirman kepada kita yang mana maksudnya berbunyi; ‘Dan Tuhanmu berpesan; Berdoalah kepadaku, nescaya akan keperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri daripada menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.’ Begitulah maksudnya.” Imam Asyraf lantas tersenyum. “Dalam ayat ini, Allah mengajak kita semua supaya berdoa pada Nya sebab Allah tentu sahaja akan mengabulkan doa kita”. Jemaah yang hadir menganggukkan kepala tanda faham.
“Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah itu santun dan Maha pemurah. Malah Allah segan untuk membiarkan doa hambanya tidak dikabulkan.” Shahid terus mendengar dengan khusyuk.
“ Kita kena ingat bahawasanya doa yang kita panjatkan merupakan tanda bahawa kita makhluk yang lemah yang sentiasa memerlukan Allah S.W.T”. Imam Asyraf menyambung lagi, “ Dan doa kita tidak pernah Allah sia-siakan. Sama ada doa kita akan Allah kabulkan terus, atau Allah tangguhkan dahulu, atau Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Masya Allah.”
“ Dan apabila kita rasa tiada apa lagi yang kita mampu lakukan, ingatlah kita sentiasa ada Allah. Sepertimana firman Allah dalam Surah An Naml, ayat 62.” Lantas Imam Asyraf membacakan ayat itu. Jemaah sekali lagi hanyut dalam khusyuknya menghayati kalimah dari Allah. “ Ayat ini bermaksud; ‘ Atau siapakah yang memperkenankan (doa ) orang yang berada dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada Nya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu ( manusia ) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain )? Amat sedikitlah kamu mengingat Nya.’” Jemaah yang hadir semuanya terdiam. Barangkali mengenang betapa masa yang diluangkan untuk mengingati Allah.
Imam Asyraf kemudiannya menangguh majlis ilmu tersebut dan memberi peluang kepada jemaah untuk memperbaharui wudhu’ dan bersiap untuk solat Isya’.
“ Assalamualaikum, brother.” Shahid menyapanya usai Solat Isya’ berjemaah.
“Waalaikumussalam...” Dia menoleh. “ Oh.. kamu Shah.” Dia tersenyum. Mereka bersalaman. “ Kamu apa khabar? Bila sampai sini?” Asyraf bertanya kepada Shahid dihadapannya.
“ Alhamdulillah. Saya sihat. Baru sampai semalam. Bagus betul pengisian brother tadi.” Asyraf sekadar tersenyum.
“ Alhamdulillah, Shah. Itu semua datang dari Allah.” Mereka berjalan beriringan.
“ Hah, dengar cerita kamu nak berangkat ke Mesir?” Asyraf bertanya sambil mereka menyusun langkah ke arah motor masing-masing.
“ Insya Allah minggu depan. Ke Mansourah. Perubatan.” Shahid manjawab. “ Biasiswa dari baitulmal. Ada pelajar yang tolak di saat akhir. Jadi pihak baitulmal panggil saya. Kebetulan yang indah, saya bersyukur sangat.” Langkah mereka berhenti apabila tiba di motor masing-masing.
“ Alhamdulillah. Belajar betul-betul, Shahid... Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Kamu kena bersyukur Allah memberi kamu peluang ke sana.”
“ Insya Allah. Brother doakan saya.” Shahid berpelukan dengan Asyraf yang tua beberapa tahun darinya.
“ Insya Allah Syahid.” Motor kedua-duanya kemudiannya berlalu dari perkarangan surau.
Akmal yang dari tadi memerhati mereka berdua, melangkah perlahan keluar dari surau. Hati kecilnya mengangumi Shahid yang begitu dikenali oleh orang-orang surau walaupun dia tidak tinggal di sini. Sedangkan dia? Hanya beberapa kali ke surau tidak memungkinkan perkara itu berlaku. Langkah kaki kemudiannya dipercepat mengingatkan latihan futsal untuk tournament yang bakal disertainya.

No comments:
Post a Comment