3. Persiapan Awal
“ Semua barang kamu dah siap?” Suara Pak Long kedengaran di pintu bilik. Shahid berhenti dari melipat kain.
“ Insya Allah, Pak Long. Tinggal baju-baju yang tengah basuh.” Shahid menjawab. Pak Longnya mengangguk lalu duduk di atas kerusi belajar.
“ Baguslah. Kamu pun tak lama lagi dah nak berangkat.” Pak Long diam sebentar. “ Kamu bercadang bila nak berangkat ke Banting?” Wajah Shahid dipandangnya. Wajah itu nampak menyenangkan dan sejuk dipandang.
“ Saya ingat nak pergi lusa. Tapi hari tu opah pesan bawak dia sama. Jadi saya uruskan tiket opah dulu. Paling tidak pun jumaat ini saya dah berangkat ke Banting. Jumpa opah di sana.”
“ Motor kamu tu macamana? Kamu dah pikirkan?” Shahid tersenyum sambil kepalanya menggeleng perlahan mengenangkan kealpaannya. Astaghfirullah...
“ Belum lagi Pak Long. Terlupa pula saya.” Pak Long turut tersenyum.
“ Takpelah, kamu tinggalkan saja di sini. Tahulah nanti Pak Long uruskan. Hal kamu nak ke Banting nanti, Pak Long usahakan hantar kamu.”
“Terima kasih banyak, Pak Long. Banyak Pak Long bantu saya.” Shahid lantas bangun memeluk erat pak cik kesayangannya. Walaupun bukan pak cik saudara yang mempunyai pertalian darah dengannya, Pak Long membantunya dalam banyak perkara. Air mata mengalir perlahan dari mata keduanya.
“ Kamu macam anak Pak Long juga. Sayang rasanya melepas kamu pergi.”
“ Assalamualaikum” Suara yang cukup dikenalinya memberi salam.
“ Waalaikumussalam, shahid. Baru kamu nak telefon opah. Hah, apa khabar kamu kat KL sana? Pak Long kamu sihat? Apa khabar dia?” Celoteh Opah mengundang senyum lebar di bibir Shahid.
“ Opah ni.. Shahid baru telefon. Dah kena serang.” Di hujung talian kedengaran suara Opah tergelak kecil. Comel sungguh bunyinya,getus hati Shahid. Rindu di dada membuak . Dia lantas tersenyum lagi.
“Opah rindu bebeno dengan kamu Shahid. Kamu kata nak bawak Opah ke sana? Kamu dah beritahu Pak Long kamu. Dia apa khabar, Shahid. Lama beno tak dengar cerita.”
“ Opah, Shahid telefon nak bagitahu opah la ni. Pak Long kirim salam. Hari tu baru lagi Pak Long telefon,kan? Opah lupa la tu..” Opah nya tergelak lagi. Dan Shahid turut tergelak sama. “ Opah naik bas nanti Abang Udin sebelah rumah tu tolong tunjukkan” Shahid memaklumkan kepada opahnya.
“ Kamu suruh Udin tolong opah, Shahid? Hah, elok bebeno le tu. Aku ni pun bukan reti nak pergi stesen bas tu ha. Ada Udin nak nolong ngantar pun jadi lah.” Opah bersuara. Nada lega jelas kedengaran. Rasa bersalah menjelma dalam hati Shahid terpaksa membiarkan Opah menaiki bas seorang diri.
“ Shahid minta maaf opah, menyusahkan opah naik bas.”
“ Ate kamu ada kereta nak jemput aku?” Shahid tergelak. Opah ni.. Perli lah tu. “ Usahlah kamu rasa bersalah Shahid.. Udah banyak kamu nolong aku. Aku ni nak merasa nengok kubur mak bapak kamu tu. Sementara ada umur aku ni, Shahid. Esok lusa belum tentu lagi..” Opah bersuara sayu. Kenyataan itu menikam hati dan perasaan Shahid. Tapi Opah sudah sangat tua, dia memujuk diri.Tentu sahaja kemungkinan itu akan terjadi pada bila-bila masa.
“ Insya Allah, Opah. Shahid usahakan bawa Opah ke kubur mak dan abah. Sampai di Klang nanti Shahid tunggu Opah dekat hentian bas tu. Opah jangan risau.” Entah kenapa Shahid seolah dapat mendengar senyuman opahnya.
“ Aku bawak Misah neman aku, Shahid. Usah kamu risau.” Shahid sedikit terkejut.
“ Misah ikut sama opah?” Shahid bertanya. Nadanya yang sedikit terkejut tidak dapat dikawal.
“ Aku saja ngajak dia, kot dia boleh neman. Dia pun baru habis periksa katanya. Habis tingkat 5. Apa nama periksanya tu?”
“ SPM, pah.”
“ Hah, SPM. Tulah. Dia pun takde kejenya...” Opahnya menerangkan.
“ Hmm. Baguslah. Takdelah Shahid risau sangat pasal Opah..”
“ Opah pun pikir rupa itu juga. Tidaklah risau sangat kamu nanti.” Shahid tersenyum. Misah, misah...
Bagaimana agaknya rupa Misah sekarang? Memorinya ligat mengingat kembali seraut wajah yang acapkali menjadi tempatnya memohon bantuan untuk menjaga Opah di kampung sejak dia menetap bersama Pak Long di Bangi.

No comments:
Post a Comment