7. Pesan Pak Long
Malam itu selepas Isya’ berjemaah, Imran mengajak beberapa jemaah yang berada di surau duduk berkumpul di hadapan mimbar. Sementara kebanyakan pelajar lain sudah pun berlalu ke kelas masing-masing. Syaaban sudah pun menjengah. Imran sekadar menyampaikan pesan supaya perbanyakkan ibadah kepada Allah. Ibadah di surau, misalnya, solat nafail sebanyak yang boleh. Kalau kita diberi peluang terjaga di tengah malam, kejutkan kawan kita yang lain, supaya beramai-ramai imarahkan rumah Allah. Tazkirah ringkas itu Imran akhiri dengan sebuah hadith nabi yang sangat terkenal.
“ Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan orang ramai. ' Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau dicintai oleh orang ramai.'” Imran menyampaikan hadith tersebut.
“ Zahid di sini bermaksud pakaian kita, tingkah laku kita, percakapan kita semuanya kena dalam keadaan bersahaja, tak sampai orang terasa dengan kita, sampai bermusuhan dan sebagainya.” Imran menerangkan lagi.
“ Habis tu, bang, apa hukumnya orang pakai baju berjenama, keluar duit banyak-banyak hanya untuk pakaian yang dia pakai?” Salah seorang dari jemaah yang sikit itu bersuara. Jemaah lain ada yang tergelak kecil, ada yang sekadar diam menanti jawapan daripada Imran.
“ Paling penting kita tak boleh biarkan orang sekeliling kita merasa rendah diri dengan pakaian kita, walau sejauh mana kita lebih kaya dari dia. Senang cerita, berpada-pada dalam hidup itu yang paling utama. Dan orang akan sayang pada kita, seperti apa yang nabi kata dalam hadith tadi.” Jelas Imran sebagai mengakhiri majlis. Jemaah kemudian turut bersurai.
“ Bang, pasal program PASAK hujung minggu ni, siapa yang terlibat?” soalan Shahid mengundang senyum di bibir Imran. Ketika itu mereka sama-sama melangkah di bawah susur gajah ke kelas masing-masing.
“ Oh pasal tu, kepimpinan baru BUDI tentukan. Abang kan dah letak jawatan minggu lepas ?”
“ Oh.. ye tak ya juga kan.” Ujar Shahid yang hampir terlupa akan perkara itu. “ Okaylah macamtu ,bang. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Salam dijawab Imran dan mereka berpecah di persimpangan. Imran ke kelas di blok tingkatan lima manakala dia ke kelasnya di blok tingkatan empat.
“ Hah, Shahid. Ke mana tadi ? Lama cikgu tunggu kamu.” Suara Cikgu Shahril kedengaran ketika Shahid berjalan di hadapan bilik guru. Dia segera berhenti. Cikgu Shahril dilihatnya sedang duduk di salah sebuah sofa yang diletakkan di hadapan bilik guru.
“ Minta maaf, cikgu. Ada apa cikgu cari saya?” Shahid kepelikan. Setahunya dia tidak berurusan dengan Cikgu Shahril.
“ Ni ha, cikgu nak tanya kamu pasal tiket balik. Kamu nak tempah tiket ke Kuala Kangsar tak?” tanya Cikgu Shahril. Wajah anak muridnya ditenung. Shahid berkira-kira. Dia teringat pesan Akmal 2 hari lepas. Akmal dan Pak Long akan pulang bersamanya ke kampung cuti seminggu bulan 8 nanti.
“ Saya tak tahu lagi cikgu..” Shahid menjawab. Cikgu Shahril mengangguk.
“ Takpelah, nanti kamu telefon mak ayah kamu tanya.” Shahid sekadar mengangguk. Hatinya sedikit terasa. Dia tidak punya mak ayah untuk ditelefon. Dia membatalkan langkah ke kelas. Sebaliknya dia bergerak ke pondok telefon.
“ Assalamualaikum Pak Long.” Shahid bersuara setelah telefon diangkat. Salam kemudian dijawab.
“ Hah, kamu apa khabar Shahid? Rajin beno kamu telefon Pak Long.”
“ Oh..takde Pak Long, Shahid nak tanya pasal balik cuti bulan 8 ni. Haritu Akmal ada bagitahu Pak Long nak hantar balik kampung sama.” Kata Shahid. Pak Long mendengar dengan teliti.
“ Hah, betul lah tu. Tapi kamu balik rumah Pak Long dulu. Kamu pun bukan selalu sangat datang rumah Pak Long ni. Nanti Akmal balik, kamu ikut dia sama. Dia selalu naik tren dengan kawan-kawan..’’ Pesan Pak Long pada Syahid. Shahid mengangguk. Dan hujung minggu itu dia pulang bersama Akmal. Kali pertama dan kali yang terakhir.

No comments:
Post a Comment