6. Hidup yang baru
Gambar itu dia pegang dan tenung lama. Dia duduk dihujung katil. Bulan dah menjengah awal Jun. Dia dan Akmal masih begitu. Sementara dia sibuk dengan pelbagai aktiviti dalam BUDI, Akmal sibuk dengan pelbagai aktiviti lain. Akmal dilantik menjadi pengawas sekolah baru-baru ini. Akmal begitu dikenali di sini, fikirnya. Mungkin Akmal sudah sangat selesa disini, hatinya memujuk. Akmal sudah bersekolah disini selama 3 tahun. Ini tahun yang keempat. Hatinya memujuk lagi.
Akmal tinggal dengan Pak Long semula pada tahun 2004. Ketika itu mereka berumur 11 tahun. Akmal merajuk dengan Pak Long kerana memaksa dia berpisah dengan Opah dan Shahid. Dia baling buku sekolahnya, dia menangis di atas tangga. Shahid duduk di sebelah Akmal ketika itu. Bahu Akmal dipegang, sementara Akmal masih menangis. Shahid turut sedih. Tapi dia kuatkan Akmal dan dia berjanji takkan menangis di hadapan Akmal. Tetapi malam itu, malam pertama dia tidur tanpa Akmal, dia tumpas dengan air matanya sendiri. Seperti mana hari ini. Di hujung katil itu, air matanya mengalir lagi.
Malam itu, 7 tahun yang lalu, opah yang memujuk dia. Tilam yang biasanya Opah bentang besar untuk mereka berdua Opah lipat sebelah hanya untuk Shahid. Selimut Akmal Opah selimutkan pada badan Shahid. Bantal yang biasa Akmal peluk, Shahid peluk kuat-kuat. Opah besarkan mereka berdua sejak usia mereka 5 tahun. Kemalangan yang menimpa van yang mereka semua naiki mengorbankan 5 nyawa. Dan sejak itulah mereka berdua Opah jaga, Opah pujuk, Opah beri makan, Opah belikan baju baharu, Opah daftar ke sekolah, Opah ajar mengaji. Semuanya Opah yang lakukan sejak kemalangan itu.
Ketika itu, abah yang membawa van tersebut. Abah, Mak, Mak Long dan Anis, kakak Akmal dan bayi yang mak kandung semuanya meninggal dunia. Ketika van itu masuk ke dalam gaung, hanya Pak Long yang tidak tidur. Yang lain semua tidur kecuali mak yang memangku Shahid. Mak tersedar sewaktu van sedang jatuh. Abah serta merta pengsan setelah van itu menjunam ke dalam gaung. Pak Long berusaha keluar sambil bawa Akmal. Bila Akmal diletak dibawah pokok beberapa jarak dari van, Pak Long patah balik untuk ambil yang lain. Anis menjerit “ Abah..abah....”. Tapi Pak Long tak nampak Anis di mana. Barangkali di celah-celah kerusi. Mak yang masih terjaga menghulur Shahid kepada Pak Long. Pak Long bawa Shahid ke tempat yang sama Pak Long letakkan Akmal.
Belum sempat Pak Long patah balik untuk selamatkan yang lain van itu meletup. Dan Pak Long terduduk di situ sambil suara Anis menjerit “ Abah.... abah....” kedengaran terngiang-ngiang di telinganya. Shahid nampak segalanya. Dan Shahid tak mungkin lupa. Dan setelah itu Opah menjaga mereka berdua. Shahid dan Akmal. Sementara Pak Long berusaha melupakan segalanya dan mulakan hidup baru di Bangi sambil mengukuhkan kewangan.
Hari pertama dia ke sekolah sendiri dengan basikalnya tanpa Akmal, dia rasakan begitu janggal. Dia sudah biasa berbual kosong sewaktu ke sekolah dengan Akmal. Pagi itu dia terasa sunyi dan sepi. Dia singgah di kedai Kak Mas, membeli kuih untuk dimakan dalam perjalanan seperti biasa. Shahid memandang Kuih Sampan yang hanya tinggal satu. Hari ini dia tidak perlu berebut dengan Akmal untuk beli kuih itu. Kuih itu kegemaran mereka berdua. Bila tinggal satu biasanya dia akan berebut-rebut dengan Akmal. Hatinya terasa sedih lagi. Cepat-cepat dia menaiki basikal semula ke sekolah.
Selalu bila sampai ke sekolah, Akmal akan terus berlari ke padang setelah basikal di kunci di parkir. Dia akan menyepak bola dengan beberapa kawan yang lain. Sementara Shahid akan jadi penyokong paling setia. Tapi hari itu, dia hanya pandang padang dari jauh. Padang itu tiba-tiba begitu buruk pada pandangannya. Kering dan botak tanpa sebarang rumput. Bayangan Akmal menyepak bola menyedihkan hatinya.
Dia segera berlalu ke kelas. Hari itu dia belajar sambil tempat duduk di sebelahnya kosong. Akmal sudah tiada lagi di kampung itu. Akmal sudah berlalu bersama kereta Waja yang dinaikinya petang semalam. Akmal sudah mulakan hidup di sekolah yang baru. Akmal duduk di sebelah kawan yang baru. Akmal ke sekolah dengan kawan yang baru. Dan kawan itu bukan aku. Hati Shahid bersuara perlahan.

No comments:
Post a Comment