5. Jarak yang jauh
Minggu orientasi terasa begitu singkat. Pejam celik, sudah 2 minggu dia dalam kerinduan menatap wajah Opah kala pagi hari. Teringat saat-saat dia bangun terlebih dahulu dari Opah dan merasa berjayanya dia kerana mampu bangun tanpa perlu dikejut. Disebabkan orientasi tidak menggabungkan kesemua pelajar tingkatan 4, dia masih belum berpeluang berbual dengan Akmal. Bertemu sekadar sekali sekala. Yang jelas, Akmal terlibat dengan latihan rugby di petang hari. Malamnya, apabila dia ke kamar Akmal, Akmal tiada di situ. Barangkali Akmal tidur di kamar lain.
Shahid merasa penatnya bergelar pelajar walaupun baru minggu kedua. Kelas menuntut dia untuk bangun seawal 5.30 pagi dan hanya selesai setelah 4.30 petang. Petang itu dia bersegera mandi selepas solat Asar dan bergegas ke surau. Dia mengingati pesanan seorang pelajar tingkatan lima, Imran yang meminta dia hadir ke surau. Apabila sampai, dia melihat Imran sedang duduk di sebelah mimbar, membaca Al Mathurat. Dia lantas duduk di sebelah Imran. Imran merasa kehadirannya lalu dia menghentikan bacaan.
“Baca Mathurat dulu.” Dia menghulurkan satu kitab kecil kepada Shahid. Shahid lantas menyambut dan dibacanya mengikut Imran.
“ Shahid puasa hari ni?” Imran memulakan pertanyaan setelah selesai Shahid menghabiskan bacaan Al Mathurat. Shahid sekadar mengeleng. Terasa segan menyapa dirinya. Dirinya yang bertenaga tidak diusahakan melakukan ibadat sunat yang acapkali dilakukan Opah yang jauh lagi berusia darinya.
“ Shahid tahu tujuan abang panggil?” Shahid menggeleng lagi. “ Abang nampak kamu boleh dibawa kedalam BUDI. Itu sebab abang panggil kamu.” Imran tersenyum. Shahid mengangguk. Dia teringat ketika Imran mengenalkan dirinya sebagai Presiden Badan Ukhuwah dan Dakwah Islamiah ( BUDI )di situ.
“ Shahid ada apa-apa halangan? ” Imran bertanya dan meminta persetujuan.
Shahid menggeleng sambil menjawab, “ Insya Allah, bang. Saya usahakan. Abang panggil saya Shah je.”
“ Baguslah begitu. Kalau nanti ada perjumpaan BUDI, abang perkenalkan Shah kepada ahli yang lain. Sebab Shah kemasukan kedua. Tingkatan 4 yang lain dah dilantik.” Imran menerangkan lagi. Shahid sekadar mengangguk.
“ Lagi satu Shah, kita akan adakan Nadwah Kepimpinan. Insya Allah hujung minggu depan. Semua AJK BUDI akan jadi Naqib. Jadi sebagai persediaan kita adakan kem ni untuk latih semua AJK BUDI yang dilantik bagi jadi seorang Naqib. Shah rasa boleh ke tak?” Imran sekali lagi bertanya.
“ Kat mana bang kemnya?” Shah bertanya.
“ Biasa kita adakan dengan brother-brother dari UIA sana. Insya Allah tahun ni macam tu juga.” Shah berkira-kira dalam hati. UIA belum pernah di jengahnya selama ini. Mungkin kem ini peluang baginya ke sana.
“ Insya Allah, saya takda halangan minggu depan. Tapi bayarannya kalau mahal susah juga..” Shah sekadar berbahasa. Imran tersenyum. Senyuman itu sedap dipandang, fikir Shahid.
“ Kem ni takde bayaran. Kita memang tiap-tiap tahun buat. Dah macam program bagi satu persatuan kat UIA jugak. Jadi perbelanjaannya UIA yang tanggung. Bas, tempat menginap, semua ditanggung.” Imran menerangkan. Shah mengangguk. Jam di tangan dilihat sekilas.
“ Jam pun dah 6.45 petang ni. Eloklah kalau Shah gerak ke Dewan Makan dulu. Takut nanti lambat pula Solat Maghrib.” Imran mencadang. Shahid lantas bangun. Tangan Imran disalam.
“ Terima kasih banyak,bang.” Dan dia berlalu keluar dari surau nak menuju ke Dewan Makan. Dalam perjalanannya di Susur Gajah yang menghala ke Dewan Makan, dia terlihat Akmal sedang menuju ke asrama yang bersebelahan dengan Dewan Makan. Akmal tidak bersediri. Barangkali dia dari padang, usai latihan rugby.
“ Akmal!” Shahid melaung. Akmal memandang. Tangan yang sedang memegang sepasang kasut diangkat tinggi. Tanah yang melekat di kasut jatuh mengena beberapa kawannya yang lain.
“Bodoh ah kau!!” Akmal kemudian olok-olok dibelasah kawan-kawannya yang lain. Dia berlari-lari ke asrama sambil yang lain mengejar-ngejar. Shahid sekadar memerhati. Akmal sekadar memakai seluar pendek atas lutut meninggalkannya berdiri di Susur Gajah itu. Hatinya meruntun pilu. “ Itukah Akmal ?” Dia bertanya pada dirinya berkali-kali.

No comments:
Post a Comment